Tuesday, December 1, 2015

Ya Rabb...Ku pohon Rahmat Mu ***************************

Jangan lupa solat jangan sekali buat jahat
Takut nanti tak sempat nak bertaubat
Bila malaikat maut dah sangat dekat

Hidup disini sementara saja
Disana kelak hidup sampai bila bila
Tapi tak taulah disyurga atau neraka
Itu terserahlah padaNya

Walau sesibuk mana hidup ini
Usahalah usahalah usahalah
Perbaiki diri insafi diri muhasabah diri
Kerana kalau tidak kita siapa lagi?

Ingatlah Allah itu Satu
Tiada dua tiada tiga
Ingatlah Baginda Nabi Muhammad saw itu Nabi kita
Ingatlah Islam itu agama kita
Ingatlah Kaabah itu kiblat kita
Ingatlah AlQuran itu kitab suci kita

Ingatlah dari tanah kita datang kepada tanah jua kitakan pulang....

Manusia tidak lepas dari silap & salah tidak lepas dari melakukan dosa dosa

Hasanya usahalah bertaubat usaha hindari diri usahalah perbaiki diri dari segala segi

Mohonlah pertolongan hasanya pada Tuhan yang Esa
Dia yang Maha Pengampun Maha Pengasih Maha Penyayang diatas segala kesilapan dan kekhilafan kita

Ya Rabb
Ampunilah dosa dosa kami
Ampunilah dosa dosa kedua ibubapa kami
Ampunilah dosa dosa kaum kerabat sahabat handai rakan taulan jauh & dekat kami

Ampunilah kami kerana telah menzalimi diri sendiri

Ya Rabb
Layakkanlah kami menjadi ahli syurga Mu
Dengan Rahmat Mu Dengan Kasih Sayang Mu

Ya Rabb
Peliharailah kami dari Api Neraka Mu
Dengan Rahmat Mu Dengan kasih sayang Mu...
Aamiin Ya Rabbal Aalamiin...
��Nukilan azhar zualkefly

#QEstory