Saturday, December 12, 2015

Jangan Lupa Rupa Yang Tercinta

Jangan lupa pada yang telah tiada

Jangan lupa pada rupa rupa yang tercinta

Jangan lupa pada yang berkorban apa saja

Jangan lupa hakikat yang tiada mereka tiadalah kita

Jangan lupa ibubapa kita ..... ������

Alfatehah .........

Jangan lupa juga pada suami atau isteri yang telah tiada lagi

Jangan lupa juga andai anak yang dahulu telah pergi

Jangan lupa pada adik beradik sepupu sepapat kaum kerabat jiran tetangga rakan taulan sahabat handai yang jauh & dekat
Yang telah tiada lagi bersama kita

Jangan lupa juga akan mereka mereka yang ada "hubungan" dengan kita dimasa hidup mereka

Alfatehah ....

Jangan lupa pada gurau senda gelak ketawanya

Jangan lupa masa "angin tak baiknya"

Jangan lupa dalam susah & senang arwah sentiasa "bersama" kita

Jangan lupa akan jasa jasa & pengorbanan arwah pada kita semasa hidupnya

Alfatehah ......

Alfatehah ......

Jangan lupa pada janji janji andai ada yang belum ditetapi dengan arwahnya

Jangan lupa pada kata kata yang harus dikota dengan arwahnya

Jangan lupa pada amanah yang perlu disempurnakan bagi pihak arwahnya

Jangan lupa jangan lupa jangan lupa

Nukilan azhar zualkefly

Thursday, December 3, 2015

Selagi Ada Sisa-sisa Hidup Ini **************************

Ya Rabb
Andai selama ini aku leka lalai & lupa tentang kembali kepada Mu
Peringatkan aku kini
Ajarinlah aku kini
Bimbinglah aku kini
Kejalan yang Lurus
Andai selama hidup ku jalan ku berliku liku
Ampunilah aku...

Ya Rabb
Selagi ada nyawaku ini
Berilah masa & ruang agar bisa aku perbetul perbaiki dalami halusi amalan ibadah jariah ku solat ku puasa ku zakat ku dan tanggungjawab ku
Andai selama ini aku leka lalai & lupa aku terlepas pandang dek dibuai dengan urusan duniawi semata mata..

Ya Rabb
Permudahkanlah sisa sisa hidup ku ini
Diusia segini takde apalagi yang diingini
Hasanya menunggu masa untuk mati yang mana hanya Engkau sahaja yang Maha Mengetahui saat ajal ku nanti....

Ya Rabb
Kau tahu siapa aku
Tidaklah bisa aku berpura pura dengan Mu
Tidaklah bisa aku menyembunyikan walau sebiji zarah dosa & silap ku dari Mu

Ya Rabb
Ajarinlah aku bimbinglah aku peringatkanlah aku tentang dosa & pahala tentang syurga & neraka
Tentang segala galanya yang seharusnya aku wajibnya tahu namun kerana ikutkan hawa & nafsu & syaitan
Hamba Mu ini tersasar & tersesat ditengah perjalanan...

Ya Rabb
Ku pohon Keampunan Mu Redha Mu Rahmat Mu Kasih Sayang Mu Hidayah Mu didalam sisa sisa hidupku yang ada ini ........

Nukilan azhar zualkefly

LoL
QE life story

Tuesday, December 1, 2015

Ya Rabb...Ku pohon Rahmat Mu ***************************

Jangan lupa solat jangan sekali buat jahat
Takut nanti tak sempat nak bertaubat
Bila malaikat maut dah sangat dekat

Hidup disini sementara saja
Disana kelak hidup sampai bila bila
Tapi tak taulah disyurga atau neraka
Itu terserahlah padaNya

Walau sesibuk mana hidup ini
Usahalah usahalah usahalah
Perbaiki diri insafi diri muhasabah diri
Kerana kalau tidak kita siapa lagi?

Ingatlah Allah itu Satu
Tiada dua tiada tiga
Ingatlah Baginda Nabi Muhammad saw itu Nabi kita
Ingatlah Islam itu agama kita
Ingatlah Kaabah itu kiblat kita
Ingatlah AlQuran itu kitab suci kita

Ingatlah dari tanah kita datang kepada tanah jua kitakan pulang....

Manusia tidak lepas dari silap & salah tidak lepas dari melakukan dosa dosa

Hasanya usahalah bertaubat usaha hindari diri usahalah perbaiki diri dari segala segi

Mohonlah pertolongan hasanya pada Tuhan yang Esa
Dia yang Maha Pengampun Maha Pengasih Maha Penyayang diatas segala kesilapan dan kekhilafan kita

Ya Rabb
Ampunilah dosa dosa kami
Ampunilah dosa dosa kedua ibubapa kami
Ampunilah dosa dosa kaum kerabat sahabat handai rakan taulan jauh & dekat kami

Ampunilah kami kerana telah menzalimi diri sendiri

Ya Rabb
Layakkanlah kami menjadi ahli syurga Mu
Dengan Rahmat Mu Dengan Kasih Sayang Mu

Ya Rabb
Peliharailah kami dari Api Neraka Mu
Dengan Rahmat Mu Dengan kasih sayang Mu...
Aamiin Ya Rabbal Aalamiin...
��Nukilan azhar zualkefly

#QEstory