Jangan lupa pada yang telah tiada
Jangan lupa pada rupa rupa yang tercinta
Jangan lupa pada yang berkorban apa saja
Jangan lupa hakikat yang tiada mereka tiadalah kita
Jangan lupa ibubapa kita .....
Alfatehah .........
Jangan lupa juga pada suami atau isteri yang telah tiada lagi
Jangan lupa juga andai anak yang dahulu telah pergi
Jangan lupa pada adik beradik sepupu sepapat kaum kerabat jiran tetangga rakan taulan sahabat handai yang jauh & dekat
Yang telah tiada lagi bersama kita
Jangan lupa juga akan mereka mereka yang ada "hubungan" dengan kita dimasa hidup mereka
Alfatehah ....
Jangan lupa pada gurau senda gelak ketawanya
Jangan lupa masa "angin tak baiknya"
Jangan lupa dalam susah & senang arwah sentiasa "bersama" kita
Jangan lupa akan jasa jasa & pengorbanan arwah pada kita semasa hidupnya
Alfatehah ......
Alfatehah ......
Jangan lupa pada janji janji andai ada yang belum ditetapi dengan arwahnya
Jangan lupa pada kata kata yang harus dikota dengan arwahnya
Jangan lupa pada amanah yang perlu disempurnakan bagi pihak arwahnya
Jangan lupa jangan lupa jangan lupa
Nukilan azhar zualkefly